Ahad, 31 Mei 2009

"'...Lucu tapi..Benar.."

Nak di kisahkan gelagat sesetengah orang nie kadangkala nak katakan lucu tapi kekadang ada lak kebenarannya.....>>


Ada orang berjogging pagi petang bawak anjing peliharaan bersama kononnya nak kuruskan badan tapi yang hairannya sang anjingnya yang ramping cute -miut molek yang dia masih cam tu juga boroii perutnya..(korang perhatikan le pagi pagi buta tu)

Ada orang perempuan punya le berlambak kain tudung berbagai warna yang di belinya complete semua warna tapi kekadang yang satu warna tu le yang dia suka pakaii.....

Ada lelaki yang suka membeli baju jersi kelab bolasepak kesayangan nya berbagai jenama kelab dia ada tapi yang hairannya dia tak pandai pun main bola.sepak...

Ada orang kaya membeli beras berkampit kampit dirumah tapi dia masih makan steak meteak roti dsb..beras/nasi untuk tetamu je katanya....

Ada orang memang berminat membeli motosikal/kereta baru berbagai jenama tapi yang skuter/mini minor buruk tu jugak le yang di bawa dan di tungganginya....

Ada orang yang suka membeli drill dan perkakas mengecat rumah kononya nak tebuk wiring sana wiring sini cat sana cat sini tapi yang hairannya si tukang letrik dan tukang cat jugak le yang di upahnya.....(hmmm dasar dah malas nak buat camna)

Moral ceritanya..!

Gelagat ragam manusia bak kata Pak ABas..."Macam-macam..Adaaaa......"
Kita x dapat nak puaskan hati manusdia..yang paling penting kita cuba yang terbaik untuk memuaskan hati manusia yang berada di sisi kita…

Amaran buat diri sendiri..

1. Manusia macam kita...
Memang pandai bercakap,
Menyalahkan orang lain,
Mengutuk orang lain,
Perlekeh orang lain,
Merendahkan orang lain.

2. Manusia macam kita...
Memang pandai bercakap,
Menyalahkan orang lain,
Mengutuk orang lain,
Perlekeh orang lain,
Merendahkan orang lain.

Orang macam kita...
Di mana-mana pun ada,
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain,
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri,
Tengok pada diri sendiri dahulu!

Jangan...
Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berceramah sana sini, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca!
Kenapa tak baca..?
Tak sempat..?
Busy..?
Tak faham..?
Tak reti..?
Malas..?

2. Dapat surat dari pejabat tanah..
Dalam bahasa melayu kamu boleh baca!
Dapat surat lawyer dalam bahasa inggeris kamu boleh baca!
Dapat surat daripada Allah dalam bahasa Arab kamu tak boleh baca!!
Apa nak jadi?

Rugi rugi rugi

Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan! hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu ke sana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
Hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

Ahad, 24 Mei 2009

Satu Amalan Nilainya Syurga

Dipadang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa akan dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga.
Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan satu kebajikan. Kesemuanya menyatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.
Namun dia tidak berputus asa, akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Hamba Allah itu menyatakan hidupnya bergelumang dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke dalam neraka akhirnya, oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya.
Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menhadap Allah membawa pahala tersebut dan menerangkan apa yang berlaku. Oleh kerana sikap penderma yang pemurah itu dan kebajikan yg dilakukannya, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.

MORAL & IKTIBAR

- Allah bersifat dengan AR-RAHIM
- Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya satu amalan sunat.
- Satu kebajikan amat berat timbangannya di sisi Allah. satu amalan boleh meletakkan diri sama ada di syurga atau neraka.
- orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat denganPemurah.
- penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki.
- dipadang mahsyar semuanya nafsi-nafsi, masing-masing mahu melepaskan diri dari azab yang pedih.